MADRID - SEPANYOL. Selain papan tanda "dilarang merokok" dan "dilarang membuang sampah", penumpang pengangkutan awam di Madrid kini perlu mengikut satu lagi peraturan baru iaitu dilarang duduk terkangkang (No manspreding).
Agensi transit di bandar Sepanyol itu berkata, papan tanda larangan itu akan dipasang di semua bas bagi mengingatkan penumpang terutamanya lelaki untuk duduk lebih sopan pada satu tempat duduk sahaja.
"Misi pewujudan ikon baru ini adalah untuk mengingatkan orang ramai mengenai keperluan untuk menjaga tingkah laku awam dan menghormati ruang penumpang yang lain di dalam bas," kata syarikat pengangkutan Majlis Perbandaran Madrid.
Madrid mengikut jejak langkah oleh sistem transit di beberapa bandar lain.
"Larangan ini adalah sama dengan sistem pengangkutan lain yang sedia ada di seluruh dunia iaitu bagi menunjukkan postur badan yang mengganggu orang lain," kata agensi transit dipetik CNN.
Keputusan agensi itu berikutan kempen dari kumpulan hak wanita, Mujeres en Lucha yang menggesa perlaksanaan larangan itu.

Syarikat Pengangkutan Malis Perbandaran (EMT) Madrid merancang untuk memasang papan tanda di dalam semua kenderaan pengangkutan awam dengan berharap gejalan itu dapat dikekang.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, arahan itu melarang individu terlibat daripada duduk dengan keadaan yang boleh mengganggu orang lain.

“Larangan ini mengingatkan pengguna pengangkutan awam supaya mengekalkan tanggungjawab sivik dan menghormati hak orang lain,” jelas kenytaan itu.

Papan tanda baharu itu meunjukkan lakaran seorang lelaki yang duduk terkangkang di dalam sebuah pengangkutan awam dengan tanda X di tepinya sebagai menunjukkan tindakan tersebut tidak diterima.

Langkah berkenaan diluluskan selepas golongan wanita di Madrid berkempen mahu gejala tersebut dikekang.

Mereka turut melancarkan petisyen yang digelar sebagai #MadridSinManSpreading (Madrid Tanpa Lelaki Duduk Berkangkang) pada awal tahun ini.

Slogan itu tersebar meluas dalam media sosial dan diserahkan kepada Datuk Bandar Madrid untuk tindakan lanjut.

Madrid mengikut jejak langkah bandar New York satu daripada bandar pertama yang melarang gejala duduk mengangkang dalam kenderaan awam pada 2014.
-Independent