Friday, 12 May 2017

Filled Under:

mee segera dan susu formula. Ini boleh memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan bayi.



CELUPAR.COM: Seorang ahli politik dari Indonesia membuat kenyataan yang penuh kontroversi apabila mengaitkan makanan mee segera dan susu formula  dengan naluri LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender).
Dalam seminar kehamilan bandaraya di Bandaraya Tangerang, Mayor (Datuk Bandar) Arief R Wirmansyah (gambar) berkata “Untuk melahirkan generasi Indonesia yang sihat, bijak, dan berdaya saing adalah dengan memulakan langkah awal iaitu memberikan mereka (bayi) dengan makanan bernutrisi terutamanya susu ibu.” – Coconut Jakarta.
Menurutnya lagi, kebelakangan ini ibu bapa sentiasa sibuk dengan karier sehingga menyebabkan mereka tidak mampu meluangkan masa untuk memberi anak mereka makanan berkhasiat sebaliknya menghidangkan makanan segera seperti mee segera dan susu formula. Ini boleh memberi kesan yang negatif terhadap perkembangan bayi.
“Tidak hairanlah ketika ini golongan  LGBT semakin ramai” kata Arief lagi.
Sememangnya Arief bukanlah yang pertama di kalangan ahli politik Indonesia yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan LGBT di kalangan rakyatnya tetapi menteri pertahanan negara tersebut menyatakan penularan LGBT di Indonesia adalah lebih merbahaya dari perang nuklear.
Pendirian menteri pendidikan pula turut menyokong dalam usaha membanteras LGBT di Indonesia dengan mencadangkan golongan tersebut diharamkan dari universiti.




0 comments:

Post a Comment