Friday, 12 May 2017

Filled Under:

AwekKL Meroyan Tak Puas Hati Usop Tak Menang Mentor Milenia 2017




CELUPAR.COM: Malam semalam diumumkan keputusan pertandingan Mentor Milenia 2017 yang mana kejuaraan dirangkul oleh peserta dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah, Elica yang sememangnya salah satu calon favorite untuk menang di samping seorang lagi peserta yang tengah popular di media sosial, Usop.
Persaingan yang cukup sengit menyebelahi Elica yang dimentorkan oleh Akim dan menerima wang tunai RM100,000 beserta telefon bimbit, dan pakej percutian ke London.
Usop pula berada di tempat kedua menerima wang tunai RM50,000 , dan di tempat ke 3 Along menerima wang tunai RM20,000.
Dengan keputusan dan penutupan tirai Mentor Milenia 2017 pastinya melahirkan beberapa pendapat yang berpihak kepada idola masing-masing.
Dalam ramai-ramai peminat yang mengikuti perkembangan MM2017 itu, terdapat seorang peminat (mungkin budak wicet) melahirkan kekecewaan yang sungguh mendalam.
Dari rupa paras screenshot tersebut ia seakan diambil dari paparan Youtube. Cuba anda lihat betapa kecewanya gadis ini.





0 comments:

Post a Comment