Thursday, 23 March 2017

Filled Under:

!!!!!KALAU KENA KAT KORANG PUN KORANG MERAUNG!!!!!!


Bapa cemas anak 4 tahun terperangkap setengah jam di dalam kereta



Kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta di sebuah pasar raya petang tadi


PARIT BUNTAR – Seorang bapa berdepan detik cemas hampir setengah jam apabila anaknya terperangkap di dalam kereta selepas pintu kereta tersebut terkunci secara tiba-tiba di tempat letak kereta sebuah pasar raya di sini petang tadi.
Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, difahamkan bapa kanak-kanak tersebut membawanya ke pasar raya untuk membeli barangan keperluan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abd. Halim Mansor berkata, pintu kereta jenis Perodua Kelisa tersebut tiba-tiba terkunci sendiri ketika bapa kanak-kanak tersebut keluar dari kereta.
“Bapa mangsa berusaha membuka pintu kereta tersebut namun gagal sebelum bertindak menghubungi bomba.
"Anggota berjaya membuka pintu kereta tersebut menggunakan dawai sebelum menyerahkan kembali kanak-kanak itu kepada bapanya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_33.htm#ixzz4c9gp1wTK 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment