Friday, 3 February 2017

Filled Under:

Sumber berkata, mangsa seorang bujang dan tinggal bersendirian di kediamannya dipercayai dibunuh dengan ditikam pada bahagian leher.


Wanita Bujang Ditemui Mati Tidak Memakai Seluar Dan Baju Terangkat



IPOH: Seorang wanita berusia 79 tahun ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dengan pisau masih terpacak pada leher di kediamannya di Jalan Hospital, di sini, lewat malam tadi.

Kejadian disedari adik lelaki mangsa yang pergi ke rumah itu pada kira-kira jam 11.30 malam, sebelum terkejut melihat kejadian menimpa kakaknya.

Sumber berkata, mangsa seorang bujang dan tinggal bersendirian di kediamannya dipercayai dibunuh dengan ditikam pada bahagian leher.

"Adik lelaki mangsa yang bekerja di bandar raya ini singgah di rumah kakaknya pada jam 11.30 malam dan mendapati pintu rumah tidak berkunci.

"Rumah itu dalam keadaan gelap dan mayat mangsa ditemui terbaring di atas lantai di dalam bilik rumah itu dengan pisau masih terpacak dileher serta tidak berseluar dan baju terangkat ke atas," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Read more: http://www.britaharian.com/2014/12/wanita-bujang-ditemui-mati-tidak.html#ixzz4Xe2p7iI6




0 comments:

Post a Comment