Tuesday, 31 January 2017

Filled Under:

Tengah Study TIBA-TIBA Terdengar KETUKAN Dari Pintu Bilik. Aku Cuba Intai, Ini Yang Aku NAMPAK !!!

Tengah Study TIBA-TIBA Terdengar KETUKAN Dari Pintu Bilik. Aku Cuba Intai, Ini Yang Aku NAMPAK !!! 


Tengah Study TIBA-TIBA Terdengar KETUKAN Dari Pintu Bilik. Aku Cuba Intai, Ini Yang Aku NAMPAK !!! | Assalamualaikum dan hai kepada warga FS. Thank you admin for the approval . Aku teringin nak bercerita tentang kisah seram aku semasa aku belajar di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Aku batch 2013/2014. Haii junior!!! Hahahahaha (gelak jahat). Sebenarnya tak adalah seram sangat. Tapi spesis penakut tu penakut juga kan? Chill kay junior.
Ceritanya bermula, masa itu aku tinggal di blok Polaris (blok perempuan), satu bilik ada 4 orang, aku duduk kat tepi tingkap. Tingkat berapa tu tak yah ceritalah. Kesian kang kat diorang nanti. Hihihi. Masa awal sem 1 aku memang tak rajin nak stay up, pukul 10 malam aku dah tarik selimut dan tidur. Tetiba tukar angin nak try stay up tengah malam. Itu pun sebab frust crush nak keluar matrik, tak sempat nak ngurat.
Jatuh cinta pandang pertama la katakan. Makan pun tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Asyik fikirkan mamat tu ja. Jadi pada malam itu, aku pun memulakan langkah pertama aku untuk study bagi melupakan mamat tu. Pada mulanya aku study di atas katil dengan menjadikan kotak sebagai meja aku. Aku tak suka study dekat atas meja sebab kerusi berlubang-lubang. Sakit punggung (tak tahulah sekarang ni guna kerusi tu lagi ke tak).
Malam pun makin hening, maka satu persatu roommate aku tidur dan tutup lampu di bahagian mereka. Paling last roommate aku, Sya yang bertentangan dengan katil aku. Sya tengah kemas-kemas buku dia. Aku pun tengok jam kat telefon, ohh nak dekat pukul 2 pagi dah. “Sya nak tidur dah?”, tanyaku. Sya pun balas, “Haah, Rin”. Dia pun tutup lampu kat bahagian dia dan tidur. Jadi lampu yang menyala hanyalah tinggal di ruangan aku.
Aku pun dah start ngantuk. Lagi-lagilah aku study atas katil. Dugaan betul. Jadi, aku pun tukar tempat. Aku angkut meja aku a.k.a kotak, buku dengan telefon aku sekali dekat ruangan tengah. Aku duduk menghadap tingkap tengah dengan membelakangi pintu. Betul-betul duduk dekat tengah-tengah. Aku masih lagi study walaupun masa itu dah pukul 3 lebih. Punyalah semangat.
Tiba-tiba, aku dengar bunyi orang ketuk pintu. Bukan slow tau bunyi ketukan itu tapi kuat sangat, macam nak kasi pintu pecah. Lepas itu, senyap. Dalam hati aku, siapalah yang nak ketuk pintu bilik orang dua tiga pagi macam tu. Meremang seh. Nak buka pintu tapi tak berani. Aku toleh kat belah kanan, aku tengok roommates aku Jie dengan Mia tidur dan tak bergerak langsung.
Lepas itu, aku pun toleh ke belakang belah kiri. Aku tengok Sya bangun dalam keadaan duduk, lepas tu dia toleh kat aku sambil senyum kat aku dengan mata dia tertutup. Lepas tu dia baring balik. Jadi aku assume Sya pun dengar bunyi ketukan itu. Kuranglah sikit rasa takut tu, kononnya. Aku pun abaikan apa yang berlaku dan sambung balik study.
Sekali lagi aku dengar bunyi orang ketuk pintu. Bunyi macam tadi. Lepas itu, senyap balik. Bertambah meremang bulu roma aku. Ini dah lain macam ni. Aku tengok sekeliling, semua roommates aku tidur. Macam tak dengar apa-apa. Ini ketukan kali kedua, kot-kot memang betul ada orang ke yang ketuk. Dengan sedikit keberanian, aku pun toleh belakang, skodeng kat bawah pintu. Tiada bayang-bayang orang pun. Sumpah time tu bulu roma aku menegak 90 darjah. Terus aku baca ayat kursi banyak-banyak kali. Aku masih lagi statik kat ruangan tengah tu. Nak bergerak dari situ, lemah lutut aihhh. Aku sambung balik study lagi walaupun dah tak masuk satu apapun dah.
“Tok tok tok tok tok”, pintu bilik diketuk lagi. Kuat macam tadi juga. Rasa takut tu jadi bengang. Aku nak study, ada “orang” kacau pula. Aku cuba beranikan diri dalam hati tapi tak berani lagilah nak buka pintu itu, time itu aku berulang kali kata kat dalam hati yang, “aku hanya takut kepada Allah bukan kau”. “Jangan kacau aku, aku nak belajar ni”. Diselangi dengan ayat kursi. Tapi semua tu dalam hatilah. Tak terkeluar dari mulut. Berani-berani kucing katakan. Nak study memang dah tak masuk satu apa dah. Disebabkan rasa takut masih ada. Aku terus capai telefon aku dan meluru terus ke katil. Tapi dalam pada masa yang sama, aku keep on baca ayat kursi sampai aku terlelap. Sebelum aku terlelap itu, bunyi ketukan itu dah tak ada dah. Dan lampu di ruangan aku, aku biar terpasang sampai ke pagi.
Pagi itu, semasa siap-siap sebelum nak pergi kelas, aku tanya semua roommates aku. Sama ada diorang dengar atau tak bunyi ketukan itu. Semua roommates aku kata tak dengar apa-apa pun malam tadi termasuk Sya. Aku dah mula pelik. Lepas tu aku cakap kat Sya yang dia ada terbangun masa bunyi ketukan tu. Aku explain kat diorang apa yang berlaku malam tadi. Sya dah cuak dah. Tetiba Mia menyampuk. Dia kata dia memang tak dengar apa-apa pun, cuma malam tadi dia kata dia kena tindih. Ahh sudah. Seriau aku nak stay up lepas ni. Bila teringat yang Sya toleh kat aku siap senyum kat aku. Padahal dia tak sedar pun time tu.
Memang sepanjang aku duduk kat KMS aku memang tak pernah nak tutup lampu kat ruangan aku. Walaupun peraturan hostel kata kena tutup lampu selepas pukul 12. Aku persetankan semua tu. Hahahaha. Alhamdulillah, aku tak pernah nampak apa-apa, Cuma gangguan kena tindih ada la juga, itupun cuma sekali. Hehehe. Itupun masa mula-mula masuk KMS. Tapi paling kesian, roommate aku Mia. Dia selalu mengadu yang dia selalu kena tindih. Itu sahajalah yang aku ingin kongsikan. Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku 🙂 Sumber:-Fiksyen Shasha




0 comments:

Post a Comment