Monday, 30 January 2017

Filled Under:

kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan lebih RM500,000 membeli tiga pokok benang sutera atau nama saintifiknya 'ceiba speciosa' untuk ditanam sebagai mercu tanda di Bandar Baharu Kuala Nerus.... UIHH... AGAK-AGAK LAH TAK KAN KOTT...


Nafi dakwaan beli pokok RM500,000




Baharom Bakar
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan lebih RM500,000 membeli tiga pokok benang sutera atau nama saintifiknya 'ceiba speciosa' untuk ditanam sebagai mercu tanda di Bandar Baharu Kuala Nerus.
Pengarah JKR Terengganu Ir Abd Hamid Md Daud berkata, pembelian pokok itu tidak membabitkan peruntukan kewangan kerajaan negeri sebaliknya ia ditanggung sepenuhnya kontraktor utama yang bertanggungjawab melaksanakan projek Bandar Baharu Kuala Nerus.
"Penanaman pokok hiasan itu tidak termasuk dalam jadual dan skop kerja pelaksanaan projek.
"Mengenai jumlah pokok ditanam oleh kontraktor, hasil laporan awal diterima JKR negeri mendapati hanya dua pokok ditanam dan bukannya tiga seperti didakwa," katanya.
Abd Hamid berkata demikian ketika mengulas dakwaan dimuat naik pihak tertentu sehingga menjadi tular di laman sosial Facebook mengaitkan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengeluarkan peruntukan sebanyak RM180,000 bagi pembelian pokok berasal dari Brazil itu untuk ditanam di kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus.
Spekulasi mengaitkan nama Ahmad Razif mengenai penanaman pokok hiasan itu turut dimuat naik melalui Facebook milik Pesuruhjaya PAS negeri Satiful Bahari Mamat.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 4:38 PM




0 comments:

Post a Comment