Saturday, 28 January 2017

Filled Under:

Kerabat diraja antara tujuh digantung - Hukum Dunia Pun Tak Kira Darjat.. Apatah Lagi Hukum Di Sana



Kuwait: Tujuh orang termasuk seorang anggota keluarga diraja Kuwait dan tiga wanita menjalani hukuman gantung sampai mati hari ini, kerana membunuh.
Mereka yang menjalani hukuman itu ialah dua rakyat tempatan, dua rakyat Mesir serta masing-masing seorang dari Bangladesh, Filipina dan Ethiopia.
Sheikh Faisal Abdullah Al-Sabah ialah kerabat diraja Kuwait pertama menjalani hukuman mati itu selepas didapati bersalah menembak mati anak saudara lelakinya pada 2010.
Seorang lagi wanita Kuwait, Nusra al-Enezi, membakar khemah ketika majlis perkahwinan suaminya yang berkahwin seorang lagi, menyebabkan 57 orang mati pada 2009. Ketika kejadian wanita itu berusia 29 tahun dan ia menjadi jenayah terburuk dalam sejarah Kuwait.
Wanita Filipina dan Ethiopia itu ialah pembantu rumah yang bersalah membunuh anggota keluarga majikan masing-masing.
Dua rakyat Mesir itu juga bersalah kerana membunuh manakala lelaki Bangladesh melakukan jenayah menculik dan merogol.
Pembantu rumah Filipina itu, Jakatia Pawa, dari Zamboanga, membunuh anak majikannya dan hukuman matinya dilaksanakan selepas gagal mendapat pengampunan keluarga mangsa.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 8:56 PM




0 comments:

Post a Comment