Monday, 30 January 2017

Filled Under:

Asal Stress Jah Terjun banggunan, Terjun Jambatan, Terjun Laut BAGAI.. Macam DIA SORANGA Jah Ada masalah Kat Muka BUMI NI... Pak Menteri Lagi lah Stress xder pulak YANG TERJUN Banggunan.. Kalau ada nak jugak Tengok.. Yang Ada Stress CILOK DUIT NEGARA.. ADALAHH....


Nasib baik abang bomba pujuk



Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Pujukan anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warga asing daripada terjun ke Sungai Kelantan di belakang sebuah hotel, di sini, pagi tadi.
Wanita berusia lingkungan 40 tahun itu dikatakan mahu terjun ke dalam sungai selepas berlaku salah faham dengan majikannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 8.52 pagi dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik sampai, pihaknya mendapati wanita itu berada di kawasan air cetek di Sungai Kelantan.
"Kami cuba memujuk mangsa supaya tidak meneruskan niat terjun ke sungai dan mengambil masa selama 15 minit.
"Mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut," katanya di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 5:29 PM




0 comments:

Post a Comment