Monday, 30 January 2017

Filled Under:

AMBOI-AMBOI DAH 3 PUN XCUKUP... Productiv sungguh.. tambah Cik Kak tambanh JANGAN TAK TAMBAH...


'Berehat' tambah anak



Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my

Penyanyi Sarah Raisuddin memberitahu dia mula merancang untuk perkembangan keluarganya selepas memiliki tiga cahaya mata.
Menurut penyanyi lagu Kesetiaan itu, dia sendiri tidak mahu mengabaikan anaknya di samping memberikan perhatian kepada kerjaya nyanyian dan perniagaannya.
“Alhamdulillah, kini saya memiliki tiga cahaya mata dan rasanya, akan ‘berehat’ daripada menambah bilangan anak. Saya ingin berikan perhatian secukupnya kepada ketiga-tiga mereka dan kalau boleh, tak mahu ada yang berasa terabai,” katanya.
Menurut ibu kepada Uwais Alqarni, 6, Dzahira Talita Zahra, 3, dan Ariq Matin, 1, dia juga sentiasa memberikan yang terbaik bagi membantu perkembangan minda anaknya dengan tidak menggalakkan mereka bermain gajet.
“Saya tidak menggalakkan anak bermain dengan gajet seperti telefon pintar dan tablet. Kadang-kadang, ada kawan yang datang ke rumah dan beri mereka bermain dengannya, cuma bila nampak anak mula leka, saya akan mengambilnya,” kata Sarah.
Menurut Sarah, dia ada membaca kajian mengenai gajet yang boleh merosakkan minda kanak-kanak.
“Saya ada terbaca kajian mengenai penggunaan gajet yang melampau boleh mengganggu perkembangan minda kanak-kanak.
Ada juga beberapa kajian yang mengatakan anak yang terlalu banyak menggunakan gajet dan alat elektronik menjadi lebih agresif,” katanya.
Selain itu, Sarah turut memberi penekanan kepada pemakanan anak dan keluarganya.
“Saya memang tidak mengajar anak mengambil makanan ringan. Saya sendiri pun mengamalkan makanan sihat memandangkan arwah ibu pernah menghidap diabetes. Seboleh-bolehnya, saya menggunakan bahan berkhasiat dan masak sendiri makanan untuk keluarga,” katanya.
Terbaru, Sarah kini dalam proses untuk menghasilkan album barunya.
“Insya-Allah, album ini akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada April ini. Sekarang saya dalam proses memilih lagu yang sesuai. Banyak lagu yang ada sebenarnya, tetapi yang menjadi cabaran adalah mencari lagu yang serasi,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 5:05 AM




0 comments:

Post a Comment